Assalamualeikum peeps.
Yeah well, I’m not in the mood to actually write anything right now. There’s just so many things going on in my life and I just couldn’t cope with it. I’m f*cked up. Yeah, I said that F word I know. But goddamit everything is a bag of shit. I’m lost.
But I really need to spill everything over here to make me feel better. Writing – is the only medicine for me.
I didn’t mean to make it public and let every one of you like, y’know, know my problems and all but please, just read my thoughts and I’m fine.
I’m tired. I’m f*cked up. I messed up.
*Sheila On 7 playlist playing in the background*
So, you ready?
I used to be that IDGAF kind of person where I shrugged every words that people would throw at me off and still chin myself up.
But now, what everyone would think of me really minds to me. Like, I’m so afraid of what kind of impression that people would leave at the first sight of me. Okay berbelit dah ayat.
Can I talk in bahasa melayu already? Lol.
I never really like myself since then. My self esteem? Jadi low obviously. My insecurities leveled up. I can’t be myself. I hate me.
Setiap orang mungkin akan ada jatuh bangun dia. Like kadang dia ada kat bawah and kadang he’s up there standing high and proud.
And me? I’m at the end of a cliff ready to fall off the ground.
Tak sangka tamat sekolah akan jadi titik mula aku diuji dengan manusia yang mulut mereka tidak ada noktah senyap. Titik mulut mereka mati. Mulut mereka akan sentiasa berbunyi walau kadangnya apa yang dikeluarkan dari bibir mereka tiada berkaitan atau faedah buat mereka.
Dan mungkin, aku adalah antara mangsa tusukan pisau bibir mereka.
Bukan, ia bukan suatu mungkin. Ia adalah suatu perkara yang sahih dan pasti.
Aku mangsa mereka.
Walau aku tidak menular seperti armada-armada popular di lembaran media sosial namun aku juga mangsa di alam realiti. Ditusuk oleh kenalan sendiri.
Di depan mereka senyum semanis kopi hitam yang ditambah 10 sudu gula sehingga ada kalanya memberi penyakit diabetes pada hati mereka sendiri.
Diabetes dengki.
Di belakang mereka kopi yang paling pahit yang tidak bisa seorang pun minum. Yang pahitnya membunuh. Memberi kesan hipertensi.
Aku tahu,
Terjadinya semua ini kerana salah sendiri yang ditambah dengan ego yang perlahan-lahan dibina menjadi tembok pada dinding hati. Tapi, aku tertanya. Mengapa belakang?
Mengapa mereka tidak menjadi kopi pahit di depan? Biarkan saja aku mati hipertensi. Dari diberi diabetes yang mampu menyiksa tubuh dikerat kaki. Hidup dalam kepayahan.
Sekarang, aku bukan lagi aku yang telah bangkit dari kegelapan sendiri. Tapi aku adalah aku yang telah mati hatinya kerana bisa mulut manusia yang sering menghukum dan menjatuhkan dan bukannya menarik dan menyokong aku di belakang.
Aku tak mampu untuk hidup memuaskan hidup orang-orang di sekeliling kerana aku adalah aku dan aku hanya bergantung pada Yang Satu.
Aku letih.
Cukup aku harungi ombak yang dipenuhi pisau yang sempit seperti pemikiran mereka dan tajam seperti perkataan mereka sebelum ini. Aku ingin berhenti dan reinkarnasi.
Namun, tiada yang cuba menghulur karpus ikhlas mereka kecuali semakin menolak aku ke bawah dan tenggelam.
Hilang. Sesat.
Dalam kegelapan sendiri.
Depresi yang mencengkam minda terlalu liat untuk diubati hanya perlu ditampal dengan remedi yang tinggi positiviti.
Aku bersyukur kerana masih punya iman yang mampu mengawal diri dari terus menghukum kejahilan sendiri kerana salah mereka di luar sana yang terus menerus menolak aku jatuh tersungkur ke bumi tak mampu bangkit lagi.
Aku bukan inhuman atau punya kuasa supernatural.
Aku juga tidak berniat mengundang perang seperti peperangan antara Taliban dan Dostum dibantu Amerika Syarikat di Afghanistan. Aku cuma menjadi diri aku yang sebetulnya tidak seratus peratus boleh diterima yang minda mereka masih belum terbuka.
Aku manusia. Kau juga manusia.
Sebetulnya kita cuba untuk tinggal hati kita buat sementara di dalam diri mereka dan rasai apa yang mereka rasa sebelum kita bertindak membabi buta.
Jadi matang minda dan bukan sekadar matang di penglihatan kasar manusia.
Matang dalam cara kita berfikir. Bukan terus menerus menghukum mereka yang memerlukan kasih dan sokongan.
Jangan sampai mereka yang ditindas membuat keputusan untuk menamatkan riwayat hidup mereka atau cedera pancaindera mereka akibat depresi dari kamu manusia.
Ini bukan soal agama. Islam turut menerapkan untuk saling berkasih sayang antara manusia dan bukan sekadar antara muslim. Bertindak racist jauh sekali terutama dengan bangsa sendiri.
Ini soal perikemanusiaan. Attitude, mentality dan empathy dalam diri kita yang disatukan menjadi humanity.
Tidak hairanlah mengapa manusia kini semakin iri hati dan benci sesama sendiri. Tiada cinta dan kasih yang mampu dihulur lagi.
Tidak hairanlah mengapa terrorisme, islamophobia atau depresi terjadi dalam kalangan dunia hari ini.
Kerana tiada cinta lagi.
Cukuplah sekadar ini perkongsian untuk hari ini dari hati.
Mohon saudara saudari memahami.
Assalamualeikum.
Lisaxoxo